MULTIPLE INTELLIGENCE WORKSHOP
Date : 10th Feb 2018 Time : 8.30am-4.30pm Venue : Auditorium Jurutera (Radin Umar) Fakulti Kejuruteraan UPM


The Speakers

PROF MUHAYA MOHAMAD
Advisor of Smart IQ Academy
DATUK PROFESOR DR CHE MUHAYA BINTI HAJI MOHAMAD dilahirkan pada 1 Disember 1958 di Kampung Ladang, Terengganu. Bapa beliau merupakan seorang tentera yang berasal dari Terengganu, manakala ibunya berasal dari Singapura yang merupakan suri rumah tangga.
Selepas menamatkan pendidikan sekolah rendah dengan cemerlang di Terengganu, Datuk Dr Che Muhaya melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Tun Fatimah (STF) Johor Bahru sehingga tingkatan enam.
Beliau kemudiannya ditawarkan untuk melanjutkan pendidikan peringkat Sarjana Muda Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1980 hingga 1985. Semasa di UKM, beliau merupakan pelajar wanita pertama yang dipilih sebagai penerima Anugerah Toh Puan Rahah kerana kecemerlangan dari segi sahsiah dan akademik. Pada 1991, beliau menamatkan pengajian peringkat Sarjana Surgeri Oftalmologi di UKM dan diiktiraf sebagai pakar mata. Selanjutnya daripada tahun 1994 hingga 1998, beliau membuat fellowship dalam bidang Uveitis di Moorfields Eye Hospital, United Kingdom dan menjadi doktor wanita Malaysia yang pertama membuat pengkhususan dalam bidang tersebut.
Setelah menamatkan pengajian Doktor Falsafah (Ph.D) pada 1999 dalam bidang Ocular Immunology dari Universiti of London. Beliau juga diiktiraf sebagai wanita Islam pertama yang dipilih sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) Edinburgh.
Sekembalinya ke Malaysia, Prof. Dr Muhaya berkhidmat di Pusat Perubatan UKM (dahulu dikenal sebagai Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) sehingga tahun 2008 dan pernah menjadi Ketua Jabatan Oftalmologi (1999 – 2003). Seterusnya beliau dipinjamkan ke Pusat Perubatan Prince Court sehingga 2014. Setelah menjadi pakar Mata selama hampir 23 tahun, beliau mengambil keputusan untuk melebarkan kerjaya beliau dengan menubuhkan Pusat Mata & Lasik Prof Muhaya (PMELC) di Kajang, Selangor.
Dalam bidang kerjaya pula, kecemerlangan beliau sepanjang kerjaya melayakkannya menerima pelbagai anugerah antaranya Anugerah Pensyarah Cemerlang UKM (1999),
Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang Asia Pacific Academy of Ophtalmology (APAO) (2005), dan Anugerah Keshmahinder Singh Oration (2012). Semasa berkhidmat sebagai Pakar Mata di Pusat Perubatan UKM, Prof. Dr Muhaya juga aktif berpersatuan hinggakan pernah menjadi Presiden untuk Persatuan Oftalmologi Malaysia (MSO), Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tun Fatimah (Srikandi) dan Kesatuan Wanita Islam Antarabangsa.
Selain pakar mata, minat beliau yang mendalam dalam bidang inspirasi telah membawanya ke dunia inspirasi dan dakwah. Beliau aktif memberikan inspirasi dan motivasi sejak 2007 sehingga kini kepada organisasi kerajaan dan swasta antaranya di Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Tadbiran Awam Negara, Petronas, Sirim Berhad, hospital, institusi pengajian tinggi dan lain-lain. Kegigihan beliau dalam bidang dakwah diiktiraf dan dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan & Negeri Selangor (2015), Tokoh Ilmuwan Selangor (2010), Felo Dakwah YADIM (2013), Anugerah Dakwah Wanita Negara (2015) dan yang terkini beliau telah di perkenankan untuk menerima Pingat Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk pada Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung pada Jun 2016. Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perundingan Islam (MPI) bagi kluster Sosial. Beliau juga telah diberi kehormatan dan dilantik menjadi Adjung Professor Cyberjaya University College Of Medical Science (CUCMS) pada tahun 2016.
Selain itu, dalam bidang penulisan pula, Prof. Dr Muhaya merupakan kolumnis tetap Mingguan Malaysia, Berita harian dan telah menulis 12 buku antaranya yang terlaris ialah How To Become a Good & Successful Medical Student, Celik Mata dan Jiwa, Mata Akal Mata Hati, Tempat Kerja Saya Ladang Pahala. Saya dan Biografi Inspirasi: Sejernih Sinar Matamu.
Bagi menyebarluaskan usahanya mengubah minda masyarakat, Prof. Dr Muhaya juga terlibat dalam rancangan bual bicara beliau sendiri, iaitu Imbasan Muhaya (2016), Dr Muhaya Dot Com (2015), Celik Hati (2014), Kanta Prof. Muhaya (2014), Reset Minda (2013), dan Dari Mata Ke Hati (2010).

AZMIN RAZALI
Founder / CEO of Smart IQ Academy
Tuan Azmin Razali, a laid-back, calm and visionary father of 5, has discovered himself as a reverse thinker. Growing up with so many questions always popping up in his mind and not knowing why, being able to discover his own ability has helped him to accelerate his journey in helping others find a solution.
Being born and raised in PJ, Kuala Lumpur he went to Bukit Bintang Boys School. He attained his Degree in Management Information System from the University of Rhode Island. His previous working experience is with the Boston Consulting Group, AIV Bhd & MOC.
After going through his own personal journey in raising up his children, there were many moments that God has guided him and his wife to further learn and discover about the most powerful organ in the body which is the brain. Along their journey they have met with many talented and intelligent people from various country such as Taiwan, Japan, Korea, China, Malaysia, Canada and United States.
Together with his wife, they founded Smart IQ Academy which specializes in brain training and education. As a reverse thinker, he always wants to help people get solutions and innovate techniques that can unleash individual potential to the fullest.
As a servant and Khalifah of Allah, he and his wife are determined that this is their path and purpose in life to unleash the genius in others with the belief that a genius is not born but can be created while instilling the most fundamental knowledge of the Oneness of God and Islam as a way of life.

RUHA DANI
Founder / COO of Smart IQ Academy
Puan Ruha Dani, best known as Teacher Ruha among her teachers and students was born in Muar, Johor. She received her school education from MRSM Muar and later went to UITM to attain a Diploma in Statistics. She then furthered her studies in USM and received a Degree in Applied Mathematics and Computer Science.
After having experience working in several organizations such as Petronas, UMW Toyota and Avon Cosmetics she decided to venture into business at the age of 30.
As a parent, and now blessed with 5 children she and her husband founded Smart IQ Academy in 2007 after realizing the impact brain training had on their young child at that time in term of his intellect, attitude and character. They believed that once the brain has been activated and well trained, a child can fulfill his own personal intelligence and potential. They gradually expanded and formed a full time running Kindies and many workshops in their Academy situated in Taman Putra Kajang. She is very passionate in children and has always loved to teach and inspire them. She finds happiness in inspiring youngsters to bring out the best in themselves.
With their company vision to be the leading Islamic Brain Education Academy who inspires Muslims to be the best they can be to receive Allah’s blessings and be granted jannah without Hisab (InsyaAllah), she and her husband have been persistent in their Jihad to spread this excellent brain education and continuously spread the awareness of the importance of one to protect, and maximise the most valuable gift Allah has granted Men which is their intellect.
BRAIN IMPROVISATION AND STIMULATION (BIS)
Date : 10th Feb 2018 Time : 8.30am-4.30pm Venue : Auditorium Jurutera (Radin Umar) Fakulti Kejuruteraan UPM
BRAIN IMPROVISATION AND STIMULATION (BIS)


